Front | Back |
Parameswara |
Parameswara berasal dari Palembang yang berada di bawah penguasaan kerajaan Majapahit.
|
Palembang |
Parameswara berperang dengan kerajaan Majapahit untuk melepaskan diri daripada penguasaan kerajaan Mahapahit. Parameswara kalah dalam peperangan tersebut dan bertindak melarikan diri ke Temasik.
|
Temasik |
Parameswara berperang dengan Temagi untuk mendapatkan kerajaan Temasik. Temagi telah terbunuh dalam peperangan tersebut dan menyebabkan Siam marah lalu menyerang Parameswara. Parameswara melarikan diri ke Muar.
|
Muar |
Parameswara gagal menubuhkan kerajaan Biawak Busuk kerana kehadiran biawak yang sangat banyak. Kemudian Parameswara menubuhkan kerajaan Kota Buruk namun gagal kerana kubu yang dibina tiba-tiba runtuh. Parameswara bergerak ke Melaka.
|
Melaka |
Parameswara melihat anjing perburuannya ditendang pelanduk kecil sehingga jatuh ke dalam sungai. Parameswara kagum dengan peristiwa tersebut. Parameswara membina kerajaan Melaka yang dinamakan sempena nama pokok tempat Parameswara bersandar.
|